Pihak berkuasa Israel mengarahkan pemberhentian aktiviti pertanian di Nablus

Rabu, 12-07-2017 – Pihak Berkuasa Israel mengarahkan pemberhentian aktiviti pertanian pada Ahad lepas di bandar Aqraba, selatan Nablus. Ketua Pakatan Penentang Tembok dan Pendudukan Haram di Aqraba, Yousuf Deiriya, memberi kenyataan bahawa tentera Israel bersama wakil dari Jabatan Perangkaan dan Pembangunan Israel, menyerbu Kirbat al-Tawil dan memberikan penduduk notis untuk menghentikan aktiviti pertanian.

Pihak Berkuasa Israel menyatakan bahawa kawasan berkenaan adalah digazetkan untuk aktiviti latihan ketenteraan yang diadakan dari masa ke masa.

Yousuf Deiriya menyatakan, Khirbat al-Tawil adalah antara kawasan yang paling subur untuk melakukan aktiviti pertanian dan beliau turut menyatakan bahawa tindakan ini dilakukan bagi menghalau penduduk Palestin dari tanah yang telah didiami mereka sejak sekian lama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea