Israel Geledah Kediaman Rakyat Palestin di BaitulMaqdis

Rabu, 12-07-2017 – Pasukan khas Israel, disertai pegawai perisikan Israel dan kakitangan perbandaran, menyerbu pada petang Ahad, bandar Silwan di BaitulMaqdis.

Wartawan PIC mengatakan bahawa pegawai Israel mengambil gambar rumah dan kedai Palestin serta mengedarkan notis geledah di beberapa kedai sekitar bandar. Beliau menegaskan bahawa serangan dan gangguan Israel telah meningkat di Silwan sejak beberapa hari lalu.Pasukan polis Israel melakukan rondaan biasa ke kawasan kejiranan Arab BaitulMaqdis dan mensasarkan rumah serta kedai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *