Amnesty International: Bantah tindakan kurung dan periksa badan Sa’afeen.

Isnin, 17-07-2017 – Pertubuhan Hak Asasi Antarbangsa, Amnesty International dalam satu kenyataannya menyatakan, pihak tentera rejim Isreal bertindak memeriksa seluruh badan tahanan wanita Palestin, Khitam Sa’afeen selepas dia ditahan minggu lepas

“Tentera rejim menyerbu rumah saya pada pukul 2.30 pagi, 2 Julai. Kemudian bawa saya masuk ke bilik saya dan periksa seluruh badan. Semasa dalam perjalanan ke penjara Ofer, mereka ambil gambar saya guna kamera dan telefon bimbit. Salah seorang dari mereka berkata, ia akan memuat naik gambar tersebut ke Facebook,” demikian kata Sa’afeen sebagaimana yang dinyatakan oleh peguam beliau.

Tambah Sa’afeen lagi, sebaik sampai di penjara. Dia dibawa ke sebuah bilik kurungan dan diperiksa seluruh badan dalam keadaan bogel dan mata ditutup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali