Para anak yatim dan balu menyeru PA agar melunaskan gaji yang tertunggak

Isnin, 17-07-2017 – 8 keluarga Palestin yang terdiri daripada anak-anak yatim dan para balu di Bandar Jaba di Jenin, menyeru pembayaran balik elaun bulanan mereka yang ditahan oleh pihak berkuasa Palestin (PA) baru-baru ini.

Dalam surat rayuan yang dihantar kepada ketua PA Mahmoud Abbas pada petang Isnin, keluarga-keluarga tersebut yang menyifatkan diri mereka sebagai keluarga para pencari nafkah yang meninggal dalam satu kemalangan ngeri pada 12 Ogos, 2012 dalam perjalanan ke Tulkarem. Mereka merayu Abbas agar mengakhiri penderitaan mereka dan mengarahkan agar bayaran bulanan mereka dikeluarkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati