25 penduduk Palestin cedera dalam pertembungan di Jerusalem

Selasa , 25-07-2017 – Polis Israel bertindak menyerang penduduk Jerusalem yang melakukan demonstrasi di Bab al-Asbat berhampiran masjid al-Aqsa pada Ahad lepas setelah protes jalanan berjalan selama 8 hari dalam usaha menolak tindakan rejim Israel memasang pengesan logam di pintu masuk masjid.

Wartawan melaporkan bahawa polis Israel cuba untuk meleraikan penduduk dengan melancarkan bom bunyi tetapi penduduk Palestin tidak berganjak dari keudukan mereka dan mengerjakan solat Asar di Bab al-Asbat.

Awal hari ini, 25 penduduk Palestin termasuk 2 orang wartawan mengalami kecederaan selepas polis Israel melancarkan peluru getah dan gas pemedih mata kearah penduduk yang melakukan protes di bandar Abu Dis dan Qalandia.

Pihak berkuasa Israel telah menutup Masjid al-Aqsa dan menyekat penduduk Palestin dari menunaikan solat didalamnya bermula pada 14 Julai lepas selepas insiden 2 pegawai polis Israel dibunuh dalam satu siri tembakan.

Bandar lama Jerusalem buat masa ini ditutup tentera rejim dan upcara keagamaan didalamnya adalah dilarang. Ianya adalah insiden pertama kali yang berlaku sejak 1969.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : wea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *