OIC menuntut Israel menarik balik sekatan terhadap Masjid Aqsa

Jumaat , 28-07-2017 – Pertubuhan Kesatuan Negara Islam (OIC) pada Isnin lepas menggesa negara anggotanya untuk memberikan tekanan terhadap Israel susulan tindakan negara tersebut menutup masjid Al-Aqsa

Kenyataan tersebut dikeluarkan OIC setelah mesyuarat diadakan di Jeddah, Arab Saudi dalam membincangkan keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan Israel di Jerusalem. Pertubuhan tersebut mengutuk keras Israel diatas tindakan negara tersebut menutup masjid Al-Aqsa dan memasang pengesan logam dan kamera litar tertutup di seluruh kawasan masjid.

Ianya jelas bertentangan dengan kebebasan umat Islam dalam melakukan ibadah, yang dijamin konvensyen antarabangsa dan mengancam status quo masjid Al-Aqsa. OIC turut menegaskan dalam kenyataannya bahawa Israel sebagai penjajah, tidak mempunyai hak terhadap Jerusalem dan juga kawasan suci untuk umat Islam dan kristian bertepatan dengan resolusi antarabangsa dan keputusan terbaru UNESCO.

OIC juga turut memuji tindakan penduduk Palestin yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan masjid Al-Aqsa dan menyeru anggota pertubuhan tersebut untuk membiayai mereka melalui bantuan kewangan dan ekonomi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : wea