Tentera Israel keluar perintah lanjut tempoh duduki sebuah rumah di Qalqilya.

Rabu, 02-08-2017 – Tentera rejim penjajah Israel melanjutkan tempoh menduduki rumah milik Mohammad Hussein yang terletak di bandar Azzoun, Timur Qalqilya. Rumah beliau diguna sebagai tempat peninjau bagi tujuan mengawasi pergerakan harian penduduk di situ.

Menurut seorang aktivis Palestin, Hassan Shbeita yang tahu betapa ganasnya tentera rejim telah memberitahu Quds Press bahawa tentera rejim masuk dengan memecahkan pintu dan kemudiannya melarang penghuni dari memasuki rumah itu serta menghalang jiran berdekatan dari menghampirinya.

Awal Julai lalu, pihak tentera Israel telah merampas rumah tersebut untuk dijadikannya pos tentera. Pada pagi Khamis kelmarin seperti yang dimaklumkan, pemilik dibenar mengambil semula rumah tersebut. Bagaimana pun, seorang pegawai tentera Israel memberitahu beliau bahawa satu surat perintah yang baru telah dikeluar untuk menangguhkannya sehingga ke hari Rabu, minggu depan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali