Bardawil: Kami mahu hubungan dengan Qatar dan Turki terus kekal.

Isnin, 07-08-2017 – Ahli Biro Politik Hamas, Salah al-Bardawil menyatakan bahawa pergerakan itu tidak akan mengubah prinsip dan akan mengekalkan hubungan baiknya dengan Qatar dan Turki. Ia sebagai tanda pihak Hamas menghargai peranan kedua-dua negara yang menyokong rakyat Palestin.

Menurut Bardwail sebagaimana yang dinyatakannya kepada Quds Press, pergerakan itu, baru-baru ini telah memulakan perbincangan dengan pemimpin Fatah, Mohammad Dahlan bagi menangani isu perpaduan dalam negara dengan sebaik mungkin dan juga mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah Semenanjung Gaza yang terkepung sejak sedekad lalu.

Beliau turut menyatakan bahawa Hamas fokus untuk memperkukuhkan perjuangan mereka dan dalam masa sama berkerja keras menentang sekatan yang banyak menyusahkan penduduk Gaza yang terkepungan itu. Setiap hari, ramai yang sakit akhirnya mati akibat kekurangan bekalan ubat-ubatan atau tidak boleh meneruskan perjalanan keluar kerana pintu sempadan ditutup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *