Kementerian beri amaran bekalan makanan di Gaza semakin berkurangan.

Jumaat, 11-08-2017 – Ketua Pengarah Bahagian Perancang Dasar, Kementerian Pertanian Palestin, Nabil Abu Shammala menyatakan bahawa bekalan makanan di Semenanjung Gaza kini telah jatuh ke paras 70%.

Kenyataan beliau yang disiarkan menerusi temubual atas talian menjelaskan, penurunan secara mendadak dan menghampiri tahap membimbangkan itu berkait rapat dengan kuasa membeli dan pendapatan perkapita penduduk yang semakin menurun serta kadar pengangguran tinggi akibat sekatan sejak 11 tahun lalu.

Beliau menyatakan, kementeriannya telah melaksanakan strategi yang memantau pergerakan jual beli di pasaran, diikuti tindakan menyekat impot barangan yang sama dengan keluaran tempatan dan sebaliknya, hanya mengimpot barangan perlu sebagai suatu langkah menjadi negara Autarky atau ekonomi mampu diri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali