Hamas menamatkan lawatan 4 hari ke Iran

Khamis, 16-08-2017 – Delegasi Hamas menamatkan lawatan 4 hari ke Tehran pada Khamis lepas dalam usaha memperbaharui persefahaman dalam menghadapi penjajahan Israel.

Delegasi Hamas melakukan lawatan ke Tehran sebagai membalas jemputan rasmi presiden negara tersebut dan pada masa yang sama menghadiri majlis pertabalan Presiden Hassan Rouhani. Delegasi yang menghadiri kunjungan ini adalah Ezzat al-Resheq, Osama Hamdan, Saleh Al-Arouri, Zaher Jabarin, Mohammad Nasser dan wakil HAMAS di Tehran; Khaled al-Qaddoumi.

Lawatan delegasi membincangkan banyak perkara semasa tempoh lawatan termasuklah perkembangan terbaru di kawasan Jerusalem dan masjid Al-Aqsa, kepungan ke atas Gaza, kebangkitan Intifada di Jerusalem dan juga langkah dalam memperbaiki hubungan dua hala antara kedua-dua pihak.

Delegasi HAMAS bertemu Menteri Luar Iran; Muhammad Javad Zarif, Speaker Parlimen Iran; Ali Larijani, Penasihat Kementerian Luar Iran dan juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Strategik Luar Negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea