Hamas: Penangkapan Salah, percubaan paksa penduduk tunduk pada dasar baru.

Selasa, 22-08-2017 – Jurucakap Pergerakan Perjuangan Hamas, Husam Badran berkata, penangkapan Sheikh Raed Salah yang merupakan pemimpin pertubuhan Pergerakan Islam oleh pasukan polis Israel menggambarkan bahawa rejim itu telah mengamalkan sistem apartheid dan ingin menjadikan tokoh-tokoh Islam serta para pejuang nasionalis di Garisan Hijau sebagai sasaran utama mereka

Melalui kenyataan medianya, beliau menegaskan bahawa tindakan mengepung Sheikh Salah yang turut melibatkan anggota polis serta pasukan cawangan khas menunjukkan kecenderungan untuk memaksa penduduk Palestin supaya tunduk dan patuh pada dasar baru yang mahu dikuatkuasakan di wilayah tersebut.

“Tuduhan ke atas Sheikh Salah itu adalah tidak benar dan hanya bertujuan untuk menghalang sebarang aktiviti atau pergerakan yang boleh mendedahkan pihak rejim telah mengamalkan dasar apartheid,” kata Badran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali