Hamas membantah penubuhan majlis perwakilan peneroka haram

Khamis, 07-09-2017 – Gerakan penentangan Islam, Hamas pada Isini lepas membantah keras langkah kerajaan Israel mewujudkan majlis perwakilan bagi mewakili para peneroka haram yahudi di wilayah al-Khalil.

Jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanou’, mengesahkan kepada media bahawa langkah tersebut adalah bagi memberikan lebih kuasa kepada peneroka haram kerana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan perbandaran secara bebas tanpa perlu bergantung kepada majlis perbandaran sedia ada.

Pihak berkuasa Israel telah memutuskan untuk membenarkan peneroka haram untuk menguruskan hal perbandaran mereka sendiri di wilayah al-Khalil. Penduduk Palestin membantah tindakan tersebut kerana ianya memberi imej bahawa peneroka haram Israel mempunyai hak keatas tanah Palestin yang dicerobohi.

Qanou’ menyatakan bahawa tindakan tersebut menonjolkan sikap ekstremis kerajaan Israel dan polisi ‘barabaric’ terhadap penduduk Palestin, sambil menambah ianya adalah bukti jelas akan kegagalan sebarang perjanjian dengan Israel. Beliau menggesa PBB dan masyaralat antarabangsa untuk memberikan tekanan kepada Israel agar mereka menghentikan jenayah dan keganasa terhadap penduduk Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea