Hamas : Kematian Tahanan Adalah Jenayah Melampau Israel

Isnin, 11-09-2017 – Hamas menyeru Israel supaya bertanggungjawab atas kematian tahanan Palestin yang cedera Raed al-Salhi. Jurucakap Hamas, Hazem Kasem, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa kematian Salhi disebabkan oleh “jenayah” Israel. Beliau juga menegaskan bahawa, isu tahanan akan menjadi keutamaan Hamas sehingga mereka memperoleh kebebasan.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan berkata, tahanan yang cedera, Raed al-Salhi, 21, yang meninggal dunia pada Ahad, cedera parah apabila askar Israel cuba menangkapnya semasa serbuan di rumahnya pada bulan Ogos.

Kira-kira 1,200 tahanan Palestin dari 7,000 penjara Israel mengalami masalah kesihatan yang serius akibat kegagalan menerima bantuan perubatan. Hampir 21 banduan telah didiagnosis dengan pelbagai jenis kanser manakala 17 daripadanya mempunyai masalah berkaitan dengan jantung.

Peguam dari Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan pada petang Isnin memfailkan rayuan awal kepada pihak pendakwaan Israel yang menuntut penyerahan segera jenazah Salhi yang masih ditahanoleh pihak berkuasa Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin