Netanyahu merayu ICRC untuk membantu mengembalikan tentera yang hilang

Isnin, 11-09-2017 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Peter Maurer, untuk campur tangan dalam urusan membawa pulang tentera Israel yang hilang di Gaza.

Laman web akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa permintaan Netanyahu tersebut dinyatakan semasa pertemuannya dengan Maurer di Baitulmaqdis. Beliau juga meminta presiden ICRC itu membantu kerajaannya dalam memperoleh maklumat tentang tentara mereka.

Bagi pihaknya, Maurer berkata bahawa ICRC telah berada di rantau ini untuk jangka masa yang lama dan sentiasa berusaha untuk mencari cara yang berkesan dalam menyelesaikan cabaran yang berlaku di rantau ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul