Pertubuhan Ulama’ Bersoladiriti Bersama Rakyat Rohingya

Isnin, 11-09-2017 – Persatuan Ulama Palestin dan Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa – Palestin bersatu hati mengecam tindakan tidak berperi kemanusiaan Junta Myanmar terhadap Muslim Rohingya. Sejumlah ulama’ Muslim dan pensyarah universiti bersama beberapa tokoh kebangsaan mengambil bahagian dalam pertemuan yang diadakan di ibu pejabat mereka di bandar Gaza.

Ketua Persatuan, Marwan Abu Ras, mengatakan bahawa para sarjana Muslim Palestin mengutuk kejahatan yang amat kejam terhadap umat Islam di Myanmar dan mengecam masyarakat antarabangsa kerana membisu terhadap pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam di negara Asia itu.

Abu Ras menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menjalankan tanggungjawabnya untuk melindungi orang awam dan meminta pertubuhan hak asasi manusia untuk turut melindungi orang Islam secara adil. Beliau turut menyeru semua negara di dunia untuk mengambil tindakan serius bagi melindungi umat Islam yang ditindas di Myanmar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin