Abu Zuhri menafikan penglibatan Hamas di Iraq


Menurut artikel di palestine-info.co.uk, Jurucakap media HAMAS di semenanjung Gaza, menafikan sebarang tuduhan yang mengatakan kononnya pergerakan HAMAS terlibat dengan pengeboman di Iraq.


“Laporan ini adalah teruk dan sememangnya tidak benar dan tiada fakta yang boleh membuktikan tuduhan ini,” kata Abu Zuhri, menambah “laporan sebegitu diterbitkan oleh kumpulan Amerika dan Zionis untuk meningkatkan kebencian terhadap pergerakan Hamas”

Sementara itu, media Israel Arutz Sheva memperburukkan keadaan dengan melemparkan tuduhan bahawa Pergerakan Hamas turut serta terlibat denga kejadian di Baslen

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.