Minta lebih kerap kunjungi Masjidil al-Aqsa.

Rabu , 11-10-2017 – Gabungan beberapa badan pertubuhan di Baitulmuqaddis meminta umat Islam di seluruh dunia supaya lebih kerap mengunjungi Masjidil al-Aqsa dan berusaha melindunginya dari dasar dan perancangan Israel yang mahu menjadikan tapak masjid itu sebagai kuil suci agama Yahudi terutama ketika penganutnya menyambut cuti sempena festival Sukkot pada 4 hingga 13, Oktober ini.

Satu kenyataan bersama yang dibuat gabungan tersebut mendedahkan bahawa pihak berkuasa rejim Israel akan berjaga-jaga di Tebing Barat dengan mengiringi dan melindungi penganut Yahudi yang dijangka lebih ramai mahu memasuki masjid tersebut sempena sambutan itu.

Badan utama gabungan yang terdiri dari Majlis Wakaf Islam, Majlis Tertinggi Muslim, Mufti Baitulmuqaddis dan Wilayah Palestin dan Ketua Pengarah Kesejahteraan Baitulmuqaddis serta pihak-pihak berkuasa di kota itu telah memohon Raja Jordan, Raja Abdullah II agar campur tangan segera dengan menekan pihak Israel supaya menghentikan dasar menyahudikan Masjidil al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *