Krähenbühl: Kami Sedia Untuk Berkerjasama Demi Kehidupan Rakyat Gaza

Rabu , 11-10-2017 – Jeneral Komisioner UNRWA , Pierre Krähenbühl, pada hari Isnin mengatakan bahawa UNRWA bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Palestin (PA) untuk memperbaiki keadaan kehidupan rakyat di Gaza.

Semasa sidang akhbar yang diadakan di bandar Gaza, Krähenbühl menekankan bahawa semua pihak harus bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian terbaik bagi krisis yang melanda Gaza dan mewujudkan peluang pekerjaan yang akan mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan.

Beliau menambah bahawa adalah sangat penting untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang berkaitan dengan elektrik, kumbahan dan sekatan khususnya. Krähenbühl menegaskan bahawa UNRWA akan terus melindungi mandat yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berkhidmat kepada pelarian dan akan sentiasa menawarkan perkhidmatannya kepada pelarian Palestin walaupun terdapat usaha Israel untuk menghalang badan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin