Haneyya Perjelaskan Keadaan Semasa Penyatuan Palestin Kepada Presiden Sudan

Isnin, 23-10-2017 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya, pada hari Ahad memberi penerangan kepada presiden Sudan, Omar al-Bashir, tentang perkembangan terbaru kerjasama politik di Palestin. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Haneyya memuji usaha Sudan dalam mencapai perpaduan nasional yang sedang berlangsung sejak Perjanjian Khartoum pada tahun 1990an, dan mengucapkan penghargaan kepada al-Bashir atas keputusan AS untuk mengangkat sekatan ekonomi di Sudan.

Bagi pihak presiden al-Bashir, beliau mengalu-alukan perjanjian perdamaian itu dan menegaskan bahawa negaranya akan terus menyokong rakyat Palestin, menekankan bahawa isu Palestin adalah isu utama bagi dunia Arab. Pergerakan Hamas dan Fatah pada hari Khamis menandatangani perjanjian perdamaian yang ditaja oleh Mesir di Kaherah yang membenarkan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin bertanggungjawab sepenuhnya di Semenanjung Gaza.

Dalam tempoh dua hari yang lalu, Haneyya telah memanggil beberapa pemimpin Arab, Muslim dan antarabangsa untuk memberi penjelasan mengenai kesepakatan perjanjian Kaherah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin