Setelah Diprotes Filem “Issue 23” Dibatalkan Penayangannya

Rabu, 25-10-2017 – Pemerintah Bandar Ramallah pada Ahad (22/10) membatalkan penayangan filem “Issue 23” bawah pengarahan sutradara warga Lebanon, Ziad Al-Duwairi di Festival Sinema di Ramallah. Gabenor.

Ramallah, Musa Abu Hadid mengatakan, pihaknya memutuskan untuk membatalkan penayangan filem “Issue 23” dalam rangka menghalang kemasukan beberapa tokoh dan pemerhati sosial di Ramallah yang bertujuan melarang penayangan filem di festival Sinema Ramallah.

Abu Hadid menjelaskan, banyak siri protes terhadap filem tersebut sehingga pemerintah bertindak membatalkan penayangan filem dengan mengeluarkan satu peraturan daerah. Aktivis dan kalangan intelektual Palestin melancarkan kempen berskala besar di laman sosial dengan nama “Tidak” untuk persembahan Budaya Palestin di Ramallah yang sebelumnya mengumumkan cadangan untuk menyangkan filem “Issue No. 23” .

Filem tersebut menampilkan adegan kisah Palestin yang diduduki sejak 1948 serta sejarah Lebanon ketika terjadinya perang sivil yang mencederakan penduduk warga Palestin dan Lebanon. Filem ini menyoroti perselisihan antara seorang ekstremis Kristian dan seorang pelarian Palestin yang tinggal di sebuah kem di Lebanon, hingga terjadinya sebuah konfrontasi besar-besaran di wilayah tersebut. Masalah individu yang berkembang menjadi isu nasional seterusnya menyebabkan perang saudara dan kontroversi di wilayah tersebut, disamping ada beberapa pihak yang mendorong diadakan usaha normalisasi dengan pihak Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman