Pertahanan Awam Palestin Minta Bantuan Palang Merah Antarabangsa Dapatkan Jenazah Syuhada

Selasa, 7-11-2017 – Pejabat Pertahanan Awam Palestin di Gaza pada hari Khamis mengatakan ia telah meminta pertolongan dari Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa untuk terus mencari rakyat Palestin yang hilang berikutan serangan udara Isnin oleh tentera haram Israel.

Pernyataan oleh Pejabat Pertahanan Awam berkata, Palang Merah telah mengadakan hubungan dengan Israel untuk membolehkan pekerja mereka sampai ke tempat kejadian berhampiran pagar sempadan 1948 yang memisahkan Gaza dan yang Dijajah Israel.

Walau bagaimanapun, tiada jawapan diberikan oleh pihak Israel atas rayuan itu, Palang Merah memberitahu Pertahanan Awam dalam satu panggilan telefon yang dibuat pada petang Rabu.

Jurucakap Pertahanan Awam Palestin, Mohamed al-Maydanah, juga berkata pada hari Rabu bahawa pekerja pertahanan awam telah menggantung pencarian lima orang Palestin yang hilang akibat jarak terowong pagar sempadan dengan Israel.

Tujuh pejuang Palestin, termasuk seorang komander di Briged Saraya al-Quds dan timbalannya, bersama dua anggota Briged al-Qassam, terbunuh dan 13 orang cedera petang hari Isnin selepas tentera pendudukan Israel menyerang sebuah kawasan timur Khan Younis, selatan Jalur Gaza. Yang lain masih hilang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen