Abas temui al-Sisi bincang usaha penyatuan semula Palestin.

Isnin, 13-11-2017 – Presiden Palestin, Mahmod Abas telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi dalam usaha membincangkan penyatuan semula Palestin sebelum beliau bertolak ke Arab Saudi bagi menghadap Raja Salman Bin Abdul Aziz dan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman.

Menurut satu kenyataan pejabat Presiden Mesir, dalam pertemuan itu, Abas dan Sisi telah membincangkan beberapa isu berkaitan pembangunan semasa di Palestin dan usaha-usaha yang perlu bagi mencari jalan bagaimana proses damai di wilayah tersebut dapat dihidupkan semula.

Pertemuan yang diadakan di hari kedua berlangsungnya Forum Belia Sedunia di Sharm el-Sheikh, Mesir, pihak Sisi telah menekankan betapa pentingnya usaha yang berterusan perlu dibuat agar masalah perpecahan dapat ditamatkan sepenuhnya dan seterusnya penyatuan Palestin boleh dicapai dengan segera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *