Pendatang Yahudi ceroboh tanah penduduk Palestin di Nablus.

Rabu, 15-11-2017 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh tanah milik penduduk Palestin di bandar Asira al-Qibliyeh yang terletak di bahagian selatan daerah Nablus, utara Tebing Barat.

Menurut kata Ketua Majlis Penduduk perkampungan tersebut, Hafez Salleh kepada wartawan akhbar PIC, pendatang Yahudi menceroboh tanah milik warga Palestin dan dengan menggunakan jentolak mereka menolak tanah yang menganjur di sepanjang luar sempadan petempatan haram Yitzhar yang juga dibina di atas tanah milik penduduk Palestin.

Tambah Salleh lagi, perbuatan pendatang itu dilihat sebagai suatu percubaan untuk meluaskan penempatan sedia ada yang dibina pada tahun 2002 dan terdiri dari rumah kediaman sementara serta struktur bangunan untuk kegiatan penternakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali