Hamas menolak label pengganas ke atas Hizbullah

Jumaat, 24-11-2017 – Hamas pada Isnin lepas mengkritik kenyataan yang dikeluarkan selepas perjumpaan tergempar menteri-menteri luar arab pada Ahad lepas yang melabel Hizbullah sebagai sebuah pertubuhan pengganas.

Hamas menekankan bahawa tindakan Israel menjajah Palestin sepatutnya digelar sebagai tindakan keganasan. Hamas percaya bahawa sudah tiba masanya semua pihak menggembeleng kekuatan dan keupayaan untuk membantu penduduk Palestin mendapatkan semula hak mereka dan membebaskan tanah air mereka.

Pertubuhan itu turut menyatakan bahawa sebarang konflik di rantau berkenaan hanya akan memecahkan kesatuan Arab dan memberi keuntungan kepada rejim zionis.

Hamas menyeru negara-negara Arab untuk menyokong usaha Palestin dalam mendapatkan semula hak mereka dan segala permasalahan yang berlaku di rantau berkenaan perlu diselesaikan dengan dialog dan kerjasama serantau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *