Pemimpin HAMAS syahid (doa) semalam


Isnin, 20 September 2004- Seorang pemimpin HAMAS syahid (doa) manakala 6 yang lain cedera dalam serangan roket pengganas Israel semalam.


Pihak perubatan Palestin berkata serangan pengecut tersebut telah membunuh Khalid Abu Salima, 33 tahun pada petang Ahad semalam.

Abu Salima merupakan ahli Brigade al-Qassam, sayap kepada HAMAS. Roket tersebut tepat mengenai kereta beliau di jalan al-Jalah,
bandar Gazza. Tiada komen dari pihak pengganas Israel setakat ini.

Abu Salima disifatkan HAMAS sebagai komander senior yang merupakan tulang belakang kepada serangan terhadap Israel dekad yang lalu.

“Ini merupakan serangan yang jelas terhadap mujahid kami…HAMAS mampu ‘mengajar’ musuh kami dengan pengajaran yang pahit”, Mushir al-Masri, jurucakap HAMAS.

Sementara itu, koremponden al-Jazeera melaporkan di Janin, Ali al-Sumudi, serangan telah berlaku dengan kenderaan tentera berpusu-pusu masuk al-Sikka melalui pintu selatan. Pihak pengganas mengeledah dari rumah ke rumah utk mencari pejuang Palestin. Serangan balas telah berlaku antara pengganas Israel dengan Brigade al-Quds dan berlanjutan selama 2 jam. Pengganas Israel turut menembak ke arah ambulan untuk
memberi amaran supaya tidak menghantar pesakit ke hospital.

Serangan roket semalam yang membunuh pemimpin HAMAS.