Haneya hubungi Timbalan Menteri Luar Rusia berkait isu Baitulmuqaddis.

Jumaat, 8-12-2017 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneya telah menghubungi melalui telefon Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov bagi membincangkan kesungguhan pentadbiran Amerika Syarikat memindahkan kedutaan negara itu ke Kota Baitulmuqaddis.

Satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Haneya pagi Rabu semalam menyatakan, Haneya telah memberi peringatan tentang akibat buruk yang akan berlaku berikutan keputusan itu yang secara jelas telah melanggar undang-undang antarabangsa dan boleh meningkatkan lagi keganasan serta mengheret wilayah tersebut ke arah konflik baru.

Menurut Bogdanov, pihaknya menyokong penduduk Palestin dan seterusnya menegaskan bahawa isu Baitulmuqaddis hendaklah ditangani mengikut seperti apa yang tercatat dalam resolusi antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali