Haneyya: Pemindahan Kedutaan AS ke Baitulmuqaddis adalah melampaui batas

Jumaat, 8-12-2017 – Ketua Hamas Ismail Haneyya, berkata pada Selasa yang sebarang keputusan oleh pentadbiran Trump untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel akan mencetuskan kemarahan ke atas rejim Israel.

Dalam memo beliau yang dihantar kepada para pemimpin Arab, Pertubuhan Persidangan Negara Islam dan Liga Negara Arab antaranya, Haneyya berkata yang para rakyat Palestin tidak akan membenarkan konspirasi itu berlaku dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahan tanah air dan kota suci mereka.

“Sejak dulu pentadbiran AS sentiasa menyebelahi rejim dan menyokong agenda peperangan dan perkauman ke atas rakyat Palestin,” tulis Haneyya yang menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa serta provokasi ke atas sensitiviti umat Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

One thought on “Haneyya: Pemindahan Kedutaan AS ke Baitulmuqaddis adalah melampaui batas”

  1. Semoga bumi palestin akan mendapat bantuan dari negara2 yg lain terutama negara2 islam.

    *Terima kasih admin kerana mewujudkan laman web berkaitan perkembangan palestin.

Comments are closed.