Haniyah: Kami Menolak Sebarang Usaha Merosakkan Peranan Penting dan Bersejarah Jordan Di al-Quds

Isnin, 18-12-2017 – Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam, Hamas Ismail Haniyah menegaskan bahawa pihaknya menolak sebarang usaha merosak peranan bersejarah kerajaan Jordan di al-Quds dan tempat-tempat suci Islam di al-Quds serta menolak tegas apa yang disebut sebagai tanah air alternatif. Hal tersebut disampaikan Haniyah dalam perbualan telefon dengan Ketua Parlimen Jordan, Atef Al Tarawneh, Rabu (13/12/2017).

Pejabat Haniyah dalam pernyataan yang dikeluarkan Rabu malam mengatakan, ketua biro poltik gerakan Hamas telah menelefon Ketua Parlimen Jordan Atef Al Tarawneh, untuk membincangkan kesan daripada deklarasi Trump yang mengiktiraf al-Quds sebagai ibukota penjajah Zionis Israel.

Haniyah mengatakan, “Waktu ini menuntut diperkuatkan usaha dan koordinasi bersama yang lebih berbanding dengan waktu-waktu sebelumnya bagi menghentikan keputusan (Amerika). Ia merupakan serangan terhadap Palestin dan kerajaan Jordan tanpa kecuali, ia juga merupakan serangan terhadap seluruh dunia Islam”.

Haniyah memuji usaha Raja Jordan, Abdullah bin Husain dan peranan Parlimen Jordan serta sikapnya yang jelas dan teguh dalam menolak keputusan (Amerika). Termasuk juga gerakan rakyat yang meluas. Ia dapat mengukuhkan keberadaan Jordan sebagai pihak yang strategik bagi al-Quds dan rakyat Palestin. Haniyah menyatakan bahawa pendirian parlimen Jordan secara khusus adalah sikap kuat dan teguh yang memiliki kesan positif bagi gerakan rakyat dan masyarakat di Jordan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman