Hamas seru penganut Kristian bantah Theophilos III.

Rabu, 10-01-2018 – Pergerakan Islam Hamas memohon “keikhlasan” masyarakat Kristian Palestin supaya mengadakan bantahan terhadap Ketua Gereja Orthodox bagi Baitulmuqaddis, Theophilos III semasa lawatan beliau ke Baitlehem sempena sambutan Krismas.

Tegas Hamas, bantahan terhadap ketua gereja itu, seorang yang baru-baru ini diketahui terlibat sama dalam urusan penjualan hartanah milik gereja kepada pihak rejim Israel, sebagai menghantar isyarat jelas bahawa penganut Kristian dan umat Islam di Palestin bersatu menentang penjajah Israel dan pengkhianat sepertinya.

Pergerakan itu dalam satu kenyataannya telah meminta supaya badan kehakiman Palestin bertindak mempercepatkan prosiding mahkamah terhadap Theophilos dan meminta pihak Gereja Ortodoks memecat beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali