Israel Iktiraf Tabung Kebangsaan Palestin Sebagai Pengganas

Jumaat , 12-01-2018 – Kementerian Keselamatan Israel secara rasmi mengesahkan keputusan yang dikeluarkan pada 28 Jun 2017 untuk melabelkan Tabung Kebangsaan Palestin sebagai organisasi “pengganas”.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanna Amira, mengecam keputusan “provokatif” Israel itu, dan mengatakan bahawa ia seiring dengan dasar AS-Israel yang mensasarkan PLO dan Pihak Berkuasa Palestin.

Amira memberitahu PIC bahawa Israel sedang berusaha untuk memberi lebih banyak tekanan kepada PLO, sambil menambah bahawa keputusan ini akan menyebabkan kesan yang sangat serius terhadap urus niaga bank antara Dana Negara Palestin dan bank-bank di Tebing Barat, serta akan menjejaskan pekerja PLO yang menerima gaji mereka dari Dana tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin