Peace Now : Pengiktirafan terhadap Havat Gilad berisiko untuk memberi ancaman kepada kerajaan haram Israel

Selasa, 06-02-2018 – Gerakan Peace Now yang berpengkalan di Israel memberi amaran pada Sabtu lepas akan risiko dan ancaman yang bakal dihadapi kerajaan Israel dengan pengiktirafan terhadap penempatan Havat Gilad di selatan bandar Nablus, Tebing Barat.

Gerakan itu melaporkan sejak insiden 9 Januari lepas yang menyaksikan seorang peneroka haram Israel Raziel Shevac ditembak oleh seorang warga Palestin, Menteri Perang Israel, Avigdor Lieberman telah memberi tekanan supaya pihak berkuasa Israel mengiktiraf penempatan haram Havat Gilad.

Menteri Perang Israel itu lebih berminat untuk mengeksploitasikan situasi berkenaan bagi kepentingan pihak sayap-kanan dan mendesak agar agenda 1 Israel mereka diterima daripada melakukan siasatan terperinci akan punca kes berkenaan berlaku dan membaiki tahap keselatamatan dan beban yang ditanggung penduduk Israel kerana pendudukan haram tersebut.

Peace Now menekankan ianya adalah kesilapan yang sangat besar sekiranya kerajaan Israel mengiktiraf Havat Gilad sebagai sebuah penempatan kerana beberapa sebab.

Pertamanya, ianya akan membantutkan usaha ke arah pendamaian dengan penduduk Palestin dan’2 state solution;. Kedua, ianya akan menggalakkan pertumbuhan lebih banyak penempatan haram, ketiga, ini akan menggalakkan tindakan yang melanggar undang-undang Israel kerana penempatan haram tidak pernah diiktiraf perundangan Israel dan yang terakhir, sekiranya penyelesaian ‘2 state solution’ tercapai, pendatang Yahudi di Havat Gilad akan dipaksa untuk berpindah dari perkampungan berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *