Tunjuk perasaan di Switzerland bantah tindakan Trump terhadap Baitulmuqaddis.

Selasa, 06-02-2018 – Beratus-ratus orang menyertai tunjuk perasaan di bandar Bern, menyuarakan bantahan atas keputusan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan negara itu ke sana.

Penunjuk perasaan berarak di tengah-tengah bandaraya yang menjadi ibu kota Switzerland itu dengan membawa kain rentang meminta supaya undang-undang antarabangsa dihormati dan membiarkan rakyat Palestin menentukan hak mereka sendiri.

Menurut kenyataan akhbar pihak penganjur yang diadakan di akhir tunjuk perasaan itu, mereka meminta Swiss Federal Council (Jemaah kabinet Switzerland) mengiktiraf secara rasmi Palestin sebagai sebuah negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali