Rejim Zionis memusnahkan kediaman warga Palestin di timur Nablus

Selasa, 06-02-2018 – Tentera rejim Israel (IOF) pada petang Ahad memusnahkan satu rumah yang sedang dalam proses pembinaan di bandar Beit Dajan timur kota Nablus di utara Tebing Barat.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang tentera IOF beserta jentolak menyerbu bandar tersebut dan meratakan tiang-tiang rumah warga Palestin tersebut. Sumber tersebut turut menyatakan yang pemusnahan struktur rumah itu berlaku hanya beberapa hari selepas arahan pemusnahan rumah diserahkan kepada sejumlah penduduk bandar itu atas alasan kediaman mereka terletak di kawasan kawalan Israel, kawasan C.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati