Jentolak Israel Ratakan Kediaman Penduduk Palestin

Isnin, 12-02-2018 – Jentolak Israel telah merobohkan struktur kediaman di bandar Silwan, selatan masjid al-Aqsa pada hari Rabu. Seorang penduduk BaitulMaqdis, Mahmoud Temeh melaporkan bahawa pasukan Israel telah merobohkan rumah anaknya di kawasan kejiranan Ain al-Lawzeh dengan alasan tiada permit pembinaan.

Tambahnya lagi, perobohan rumah itu, yang dianggarkan sekitar 110 meter persegi, telah memaksa keluarga anaknya yang terdiri daripada 6 anggota termasuk kanak-kanak berpindah keluar. Beliau turut mendedahkan bahawa anaknya membayar sejumlah 100,000 shekel (29,000 dolar) sebagai denda dalam cubaan untuk mengelakkan perintah perobohan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin