Hamas minta kerajaan PA atasi sekatan di Gaza atau berundur.

Selasa, 20-02-2018 – Pergerakan Hamas mengesa pihak Berkuasa Palestin (PA) berusaha mengatasi sekatan yang membelengu Semenanjung Gaza atau berhenti sahaja dari menjadi kerajaan yang mampu menjaga keselamatan negara dan berupaya membebaskan rakyat Palestin dari masalah kepungan.

Menurut satu kenyataan yang dibuat jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum beliau mengecam kerajaan Palestin kerana cuai dalam memenuhi kehendak penduduk Gaza, malah langkah pihak PA menangguhkan usaha bagi mengatasi sekatan merupakan suatu tindakan tidak wajar dan seolah-olahnya seperti mahu menghukum mereka.

Kata Barhoum lagi, dasar melengah-lengahkan yang diamalkan kerajaan PA itu telah memberi kesan buruk pada semua aspek kehidupan di Gaza terutamanya di bidang kesihatan, masa depan graduan baru tamat pengajian dan peluang pekerjaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali