Sistem pengesan roket terbaru buatan Israel telah dipasang di Jalur Gaza


Isnin, 20 September 2004- Israel telah membina satu sistem radar yang berkeupayaan mengesan roket dan mampu memberi amaran 20 saat sebelum roket tersebut mengenai sasaran.


Sistem tersebut telah dipasang di Jalur Gaza iaitu di bandar Sderot bertujuan melindungi penduduk haram Israel dan bagi membolehkan mereka mencari tempat perlindungan sebelum serangan roket meletup menurut Giora Shalgi, pengarah Rafael (pengeluar sistem tersebut).

Menurut media Israel, sistem tersebut diberi nama “Maamin” atau “Percaya”.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.