Pihak Berkuasa Palestin hantar delegasi ke Gaza

Rabu, 28-02-2018 – Delegasi pegawai dari kementerian pihak Berkuasa Palestin (PA) tiba di Semenanjung Gaza pada hari Ahad, kelmarin. Kehadiran mereka adalah untuk membuat persiapan bersama dengan pihak Gaza bagi menyambut kedatangan delegasi keselamatan kerajaan Mesir.

Menurut jurucakap pihak PA, Yosuf al-Mahmod para pegawai itu juga akan membuat lawatan susulan berikutan kunjungan menteri PA ke bahagian selatan Semenanjung Gaza sebelum ini.

Laporan akhbar Quds Press memetik kenyataan al-Mahmod sebagai berkata, pihak PA akan mengadakan mesyuarat mingguan pada hari hari Selasa ini di Ramallah yang mana ia akan turut disertai oleh pihak Gaza melalui sidang video. Jelasnya lagi, lawatan pada hari Ahad itu adalah untuk membuat persiapan bagi mesyuarat tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali