Jordan pertimbang terima duta Israel yang baru.

Rabu ,14-03-2018 – Kerajaan Jordan menimbang untuk meluluskan perlantikan duta Israel yang baru ke Amman, penyelesaian bagi merapatkan semula hubungan diplomatik antara kedua-dua belah pihak yang keruh berikutan kejadian tembakan di kedutaan Israel yang menyebabkan dua warganya terbunuh.

Akhbar Jordan, Al Ghad melaporkan bahawa negara itu dijangka akan menerima Amir Weissbrod, calon duta yang baru selepas negaranya mengemukakan permintaan tersebut.

Duta terdahulu, Einat Schlien dipaksa berundur dan pejabat kedutaan Israel di Amman ditutup akibat dari hubungan diplomatik yang menjadi semakin buruk. Pekara tersebut berlaku berikutan tindakan pihak berkuasa keselamatan Jordan melakukan siasatan berhubung kejadian di mana seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan kedutaan Israel menembak mati dua warga Jordan yang tidak bersenjata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  zainudin mhd ali