Israel Tetapkan Syarat Pembebasan Syeikh Raed Salah

Jumaat ,23-03-2018 – Mahkamah Majistret Israel di Haifa meluluskan rayuan yang dibuat oleh peguam Sheikh Raed Salah, ketua Gerakan Islam untuk melepaskannya dengan syarat. Peguam Khaled Zabarqah, anggota pasukan pembela, memberitahu bahawa mahkamah memutuskan untuk membebaskannya dengan syarat, beliau perlu menjalani tahanan rumah di kota, Kafr Anna, dan bukan di rumahnya di kota Umm al-Fahm, seperti yang dicadangkan oleh pembela beliau, dengan berkemungkinan dipakaikan gelang buku lali elektronik dan mempunyai pengawal peribadi.

Zabarqah menambah, pegawai Perkhidmatan Penjara Israel dijangka memfailkan laporan dalam tempoh lima hari mengenai syarat-syarat pembebasan Sheikh Salah.

Beliau menegaskan bahawa mahkamah akan mengadakan sesi pada 26 Mac untuk mengumumkan keputusan akhir mengenai syarat pelepasan yang diberikan terhadap Sheikh Salah yang telah ditahan sejak Ogos lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin