Khudari puji penderma di sidang Brussels sudi bantu bina loji penapisan air laut di Gaza.

Isnin ,26-03-2018 – Ahli Parlimen Palestin, Jamal al-Khudari memuji penderma antarabangsa di persidangan Brussels baru-baru ini yang berikrar akan menghulur derma untuk pembinaan loji rawatan air laut berskala besar dan infrastruktur yang berkaitan dengan bekalan air bersih di Semenanjung Gaza.

Bantuan kewangan yang dijanjikan oleh penyumbang antarabangsa berjumlah €456 juta Euro itu akan digunakan untuk pembiayaian (melebihi 80 peratus kos keseluruhan) dan memungkinkan projek infrastruktur terbesar di Gaza tersebut dapat dimulakan.

Khudari, seorang anggota parlimen yang juga pemimpin Jawatankuasa Penduduk Menentang Pengepungan menyatakan, lebih daripada 95 peratus bekalan air di Gaza tidak sesuai untuk diminum. Diharap dengan adanya projek ini, ia akan menyelesaikan masalah tersebut serta dapat mengurangkan defisit dalam penyediaan air bersih untuk keperluan penduduk yang semakin banyak dan meningkat itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *