Aktivis: March of Return jawapan kepada dasar AS dan Israel.

Rabu ,28-03-2018 – Aktivis hak asasi dan peguam Palestin, Salah Abdulati menjelaskan bahawa Great March of Return atau Perarakan Kepulangan Terbesar adalah satu acara perarakan bantahan beramai-ramai secara aman, diadakan dengan tujuan untuk menarik perhatian berhubung resolusi antarabangsa, terutama Resolusi 194 yang menetapkan bahawa pelarian Palestin perlu kembali semula ke negara asal mereka walau dari mana sekalipun mereka telah berpindah bermula dari tahun 1948.

Menurut beliau sebagaimana yang dinyatakannya dalam temu bual eksklusif dengan PIC, March of Return yang diadakan di Gaza itu merupakan satu permulaan kepada siri bantahan terhadap polisi Amerika Syarikat dan rejim Israel dengan matlamat untuk mengangkat isu pelarian Palestin.

Tambah beliau lagi, bantahan tersebut adalah suatu tindakan bagi memberi tekanan kepada Israel dan menjadi alasan kepada penduduk Palestin untuk bertemu dengan pihak media, ahli politik dan kalangan diplomat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *