Kerjasama rahsia Israel-Arab rancang halang perarakan Land Day.

Jumaat ,30-03-2018 – Sumber media Israel mendedahkan bahawa rejim Israel telah menjalin kerjasama dengan pihak Berkuasa Palestin (PA), Jordan dan pihak keselamatan Mesir bagi merancang untuk menghalang perarakan match of return yang akan diadakan sempena sambutan ulang tahun ke 42 Land Day pada hari Jumaat ini.

Menurut laporan akhbar Israel Hayom, ” Israel, Mesir, Jordan dan PA berkongsi kebimbangan dan kekhuatiran mereka yang perarakan bantahan tersebut boleh bertukar menjadi ganas dan akan mencetuskan kekacauan di seluruh wilayah berjiran itu.”

“Pihak PA menyatakan bahawa mereka juga bimbang berlakunya huru-hara dan keganasan di Gaza yang boleh merebak ke Tebing Barat pula. Kerajaan Jordan pula khuatir rusuhan di Tebing Barat itu berjangkit ke wilayahnya. Manakala Mesir pula takut kekacauan tersebut akan menyeberang ke negara itu kerana Mesir berkongsi sempadan dengan Semenanjung Gaza dan ada kemungkinan penduduk Palestin beramai-ramai memasuki ke negaranya.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali