Malaysia menyelar serangan Israel ke atas penduduk Palestin

Rabu ,04-04-2018 – Malaysia pada Isnin lepas menyelar serangan Israel keatas penduduk Palestin yang tidak bersenjata di semenanjung Gaza. Kementerian Luar Malaysia mengeluarkan kenyataan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak pantas dan tegas bagi mengelakkan lebih ramai penduduk Palestin menjadi mangsa keganasan Israel.

“Malaysia menyelar sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap penduduk Palestin yang menyertai perarakan aman pada 30 Mac 2018”.
Jumaat lepas, tentera Israel membunuh 18 warga Palestin dan mencederakan 1,500 yang lain ketika demonstrasi aman bagi mendesak Israel memulangkan tanah yang dijajah. Tindakan keganasan Israel menyebabkan jawatankuasa khas ditubuhkan UN dan EU bagi menyiasat tindakan keganasan Israel tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea