Penganjur himpunan Return of March: Bantahan akan diteruskan.

Isnin , 16-04-2018 – Jawatankuasa peringkat kebangsaan yang menganjurkan himpunan Great March of Return mengesahkan bahawa bantahan aman yang diadakan di sempadan timur Gaza itu akan diteruskan dan seterusnya menyatakan bahawa aktiviti utama dalam demonstrasi pada hari Jumaat depan adalah menaikkan bendera Palestin dan membakar bendera Israel.

Menurut jawatankuasa itu, dalam mesyuarat biasa yang mereka adakan di Gaza telah memutuskan bahawa Great March of Return adalah satu perhimpunan aman dan merupakan suatu perjuangan rakyat Palestin dengan matlamat utamanya: menamatkan penjajahan Israel, mendirikan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara dan memastikan penduduk Palestin yang menjadi pelarian dapat kembali semula ke negara asal mereka.

Pihak jawatankuasa menyeru seluruh warga Palestin samada yang berada di dalam atau di luar wilayah Palestin supaya turut serta dalam aktiviti March of Return pada hari Jumaat depan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali