Israel tutup pintu sempadan di Tebing Barat dan Gaza 3 hari.

Rabu , 18-04-2018 – Rejim Zionis Israel mengumumkan menutup penuh pintu sempadannya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selama tiga hari sempena menyambut apa yang mereka dakwa sebagai “Hari Kemerdekaan Israel.”

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak tentera rejim, pintu masuk sempadan di Gaza akan ditutup bermula dari tengah malam hari Isnin, 16 April 2018 hingga Khamis, 19 April 2018.

Tiada sebarang urusan keluar masuk dibenarkan di pintu sempadan samada Tebing Barat atau Gaza sepanjang tempoh penutupan tersebut yang dijangka turut menjejaskan beribu pemegang permit kèrja yang bekerja di Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali