Haneyya : Pembunuh Fadi Al-Batsch akan membayar harga yang mahal

Jumaat, 27-04-2018 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya menyatakan bahawa Hamas tidak akan berkompromi sehingga pihak yang terlibat dalam pembunuhan terhadap Fadi al-Batsch yang merupakan seorang jurutera dan pensyarah didedahkan.

Bercakap kepada Pusat Informasi Palestin (PIC), Haneyya menyatakan: “Pihak yang membunuh al-Batsch akan membayar harga yang mahal di atas jenayah tidak berperikemanusiaan mereka”

Ketua pergerakan Hamas tersebut menyarakan pihak Israel dan Mosad adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah pembunuhan terbabit.

“Al-Batsch merupakan salah seorang warga Palestin yang baik. Beliau adalah seorang yang berpelajaran tinggi, kreatif, professional dan mampu menghasilkan inovasi-inovasi baru. Beliau telah banyak menyumbang kepada penduduk Palestin, penduduk Malaysia dan negara-negara islam keseluruhannya.

Fadi Mohammed al-Batsch, 35 dilahirkan di Jabaliya, utara Gaza. Beliau dibunuh di Kuala Lumpur oleh dua orang pelaku yang sedang diburu pihak berkuasa Malaysia pada Subuh 21/4/2018 yang lepas. Arwah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau telah tinggal di Malaysia selama beberapa tahun. Beliau menerima PHD dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Malaya pada tahun 2015.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea