UNRWA beri amaran keadaan di kem Yarmok makin buruk.

Rabu, 02-05-2018 – Agensi Kerja dan Bantuan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin memberi amaran menerusi kenyataan media bahawa keadaan kehidupan yang bertambah buruk di kem pelarian Yarmok di Syria telah menyebabkan pergaduhan semakin kerap berlaku.

Agensi di bawah PBB itu menegaskan bahawa mereka “sangat bimbang” dengan nasib beribu pelarian Palestin yang tinggal di dalam dan sekitar kem tersebut.

Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl berkata, pelarian Palestin yang tinggal di kem itu terpaksa menanggung penderitaan akibat konflik yang berpanjang sekian lama dan beliau sangat bimbang dengan nasib beribu lagi orang awam termasuk pelarian Palestin bila melihat angka kejadian keganasan dalam tempuh seminggu lebih ini telah meningkat begitu ketara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *