Cavusoglu Kecam Pendirian Arab Mengenai BaitulMaqdis

Selasa, 15-05-2018 – Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu sekali lagi mengulangi pendirian tegas negara berkenaan mengenai isu Palestin, dan tidak teragak-agak mengecam Liga Arab yang kelihatan teragak-agak dalam keputusan AS ‘menjajah’ BaitulMaqdis, dan menganggap ia sebagai satu “kesilapan”, lapor Anadolu Agency.

Berucap di Forum Wartawan Arab di Istanbul, Cavusoglu sekali lagi menentang keputusan AS untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke BaitulMaqdis. “Keputusan AS ini salah,” kata Cavusoglu seperti dipetik Anadolu. “Kita perlu mengambil pendirian yang sama terhadap keputusan yang salah ini. Kami melihat sedikit keraguan dalam Liga Arab baru-baru ini, dan ia merupakan satu kesilapan.”

Menteri itu turut menegaskan pendirian tegas negaranya terhadap persoalan Palestin, dan menyeru agar negara-negara lain tidak berdiam diri terhadap langkah serius oleh pentadbiran AS. “Turki akan terus mempertahankan isu Baitulmuqaddis untuk Palestin,” katanya, sambil menambah bahawa Ankara “tidak akan berdiam diri” mengenai perkara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin