Amnesty International desak tamatkan segera keganasan Israel di Gaza.

Khamis, 17-05-2018 – Pertubuhan kemanusiaan antarbangsa, Amnesty International menyelar tindakan ganas rejim Zionis Israel membunuh penduduk awam Palestin di Semenanjung Gaza.

Amnesty menyatakan bahawa pencabulan secara nyata terhadap undang-undang kemanusian antrabangsa telah berlaku di wilayah yang terkepung dengan pantai itu dan meminta supaya keganasan rejim Israel dapat ditamatkan dengan segera.

Seterusnya, pertubuhan bebas itu meminta agar apa yang boleh dikatakan sebagai “sangat menakutkan” berikutan serangan rejim Israel itu segera ditamatkan dan menjelaskan bahawa kebanyakan kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah akibat ditembak di bahagian atas tubuh. Ini menunjukkan unit penembak tepat tentera rejim sengaja mensasarkan penduduk Palestin untuk dibunuh.

Menurut kementerian kesihatan Gaza, serangan pada Isnin kelmarin telah menyebabkan sekurang-kurangnya 55 penduduk Gaza terkorban, dua daripadanya adalah kanak-kanak dan dua lagi golongan tidak berupaya sementara 2,200 lagi cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali