Ramai cedera dalam pertempuran di Ramallah.

Isnin, 21-05-2018 – Sejumlah penduduk Palestin cedera selepas tentera rejim Zionis Israel bertindak menyuraikan satu demonstrasi aman yang diadakan berdekatan Ramallah.

Menurut kata saksi, pertempuran berlaku di jalan menuju bandar al-Bireh, utara Ramallah selepas tentera rejim cuba menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan bagi memprotes langkah Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya ke bandar Baitulmuqaddis dan perbuatan jenayah rejim Israel di Gaza.

Pihak rejim bertindak menyerang peserta demonstrasi dengan menembak peluru hidup bersalut getah, bom bunyi dan gas pemedih mata menyebabkan beberapa peserta mengalami sesak nafas, demikian kata saksi itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali